Blogger Backgrounds

Wednesday, 29 February 2012

kasih ibu sampai ke syurga

Hari itu indah seperti selalu,aku bangun pagi subuh seperti biasa menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa,ALLAHUAKBAR...seusai aku menunaikan tanggungjawab aku KepadaNya,aku bersiap mahu ke sekolah kerana pagi itu adalah hari terakhir untuk pelajar tingkatan tiga untuk menghantar buku teks kerajaan yg telah diberi pinjam kepada kami. Tidak seperti pagi pagi biasa,keadaan mak sedikit berubah. tiba tiba mak berkata "adik,tak payah lah pergi sekolah hari ye,tinggal aja kat rumah ni lagipun pergi sekolah tak buat apa2 pun.",kata aku "tak boleh mak,hari ini cikgu kata last hantar buku teks. Kalau tak hantar hari ini nanti tingkatan 4 susah nak dapat pinjaman buku dah,nak tak nak kena pegi jugak lah hari.Lagipun hari ni kan jumaat,balik sekolah kan awal dari biasa.",kata aku yang tak menjangkakan apa apa yang akan terjadi.mak cakap "hmmm...tak apalah pergi aja lah kalau macam tu nanti masalah pulak,",sejurus kemudian aku pun bersiap nak ke sekolah,mak peluk cium tapi lebih erat seperti biasa. kata mak,"adik belajar rajin2 tau nanti,biar sampai dapat ijazah",jaga diri,kuatkan semangat. aku yang tak menjangkakan apa apa perkara buruk hanya mengangguk sahaja dan bersalam.

sampai di sekolah aku berbual,siapakan semua urusan pemulangan buku teks,kemudian tengah hari ada taklimat akhir tahun di dewan terbuka. selepas tamat semua acara kami diarahkan utk bersalam dgn semua cikgu. hati aku semakin tidak enak,seperti ada yang membelenggu cuma tak tahu bagaimana cara untuk meluahkan semua itu. masakan aku hati aku tidak merusuh,semasa sedang mengemas kelas aku memegang pasu tembikar untuk disimpan utk kelas tahun hadapan,tiba tiba terlepas dari tangan. Hati aku mula berkata kata yg tidak baik,fikiran mula terbang entah ke mana,mengandaikan sesuatu yang tida elok berlaku tapi aku masih mendiamkan semua itu. semasa sedang bersalam bersama guru guru aku pun masih sempat aku berfikir perkara yang tidak baik. Tamat sudah sesi sekolah tingkatan 3 aku. kami dibenarkan pulang awal hari itu seperti biasa. aku dengan lajunya berjalan ke pagar sekolah seperti terasa ada yang datang enjemput walhal aku sepatutnya pulang menaiki bas sekolah. Tiba-tiba aku seperti ternampak figura yang sgt aku kenali,abang cik! hati aku mula berkata kata."kenapa dia datang jemput aku walhal aku tak ada suruh pun masa datang sekolah tadi.", dia mengajak aku balik secepat yang mungkin,di dalam kereta dia tiba tiba menangis di hadapan aku "adik makkkk...." itu yang keluar dari mulutnya selebihnya dia hanya menagis dan berdiam selepas itu.

sesampai di halaman rumah,aku lihat banyak kereta dan salah satunya ambulans. hati aku mula berbisik "apa yang jadi tadi,?, kenapa ramai sangat orang ni?...kenapa dengan mak? ada yang tak kena ni", aku masuk dalam rumah aku tgk mak dah pun terbaring di satu penjuru rumah.,kelam kabut sedara sedara bagi ruang utk aku. Mananya tidak,aku yang selalu di samping mak ketika dia sakit, dan  aku tidak ada sewaktu dia memejamkan matanya. menurut doktor yang merawat mak,mak koma dan perlu dibawa ke hospital dgn kadar segera. menurut kakak, mak terjatuh dalam bilik air semasa mahu mandi. emak sempat menyebut nama aku sewaktu sebelum dia koma. dan ketika itulah aku yang berada di sekolah telah terjatuhkan pasu tembikar secara tidak sengaja.Ya Allah,apa petanda semua itu??.

Dalam masa 15 minit ambulan mula bergerak untuk ke hospital. Sesampai di sana mak dimaksukkan dalam wad kecemasan dan kemudain berpindah ke bilik ICU,kata doktor mak terkena angin ahmar. Dugaan apa kepada keluarga kami ini. Ya Allah. kemudian mak tersedar dan dia memanggil nama aku walaupun dalam keadaan mulut terherot kerana kesan angin anhmar itu,aku memeluknya dan dia meminta air utk minum,dahaga katanya. mak sempat berpesan ,jaga diri baik baik andai mak sudah tiada. aku yang mendengar itu menangis ter esak esak,aku yang paling rapat dengan mak,mana mampu aku menahan kesedihan ini. kemudian mak di bawak masuk bilik bedah dan dr. memberitahu di kepala emak ada pendarahan,. dan peralatan dihospital ini tidak mencukupi untuk menjalankan pembedahan itu, Mak di pindah kan ke hospital besar dgn kadar segera.

Sesampainya di hospital besar ipoh, mak di masukkan ke wad kecemasan dan pembedahn itu dilakukan pada malam itu juga. Dr. yang merawat meminta ayah untuk tandatangan surat kebenaran, kerana menurutnya peratus utk selamat sangatt tipis, 30% sahaja utk berjaya dan utk hidup. selebihnya berserah kepada ALLAH. YaAllah sukarnya aku tengok wajah ayah ketika menandatangani perjanjian itu. masakan dia tidak terasa,teman sehidupnya sedang berperang dengan ajalnya. Subhanallah..berikan kekuatan itu.  Selama 6 jam pembedahan berjalan, dan mak berjaya di selamatkan. Alhamdulillah...syukur..aku lihat ayah bersujud syukur.

Keesokan harinya ketika azan di masjid berhampiran bertakbir di pagi raya aidilfitri,semua umat islam menyambut hari kemenangan, meraikan hari raya aidilfitri,kami sekeluarga hanya mampu melihat senyuman mereka,sedangkan dihati kami sedang berlagu pilu. masakan tidak sedih,wanita kesayangan anak anak,pendamping semangat ayah sedang berjuang utnuk terus hidup. Pada pagi raya, aku lihat ayah mencium dahi mak,memaafkan segala salah dan silapnya,meminta maaf pada mak andai berlaku kekasaran sepanjang mereka hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Aku lihat ayah menangis di sisi emak, sekeras hati lelaki tumpah juga airmatanya demi seorang perempuan yang bergelar isteri. kata doktor pada tengah hari tu mak beri respon positif,sekali lagi aku tengok ayah sujud syukur kerana tulang rusuknya telah memberi respon gerakan di tangan dan kaki. Alhamdulillah. Mungkin ini berkat cahaya aidilfitri.Emak berterusan dalam keadaan begitu hingga keesokan hari dan kami mampu tersenyum ketika itu.

Keesokannya,dr.berkata paru paru mak dijangkiti kuman,dan terdapat beberapa komplikasi lain pada jantungnya. mesin jantung yang asalnya satu ditambah menjadi dua. Ya Alllah... dugaan mu berat sekali. Teringat peristiwa malam tadi,semasa aku membacakan yasin untuk mak,dia tersedar dan memegang tangan aku,dan aku memeluk dia seerat yang mungkin. Saat itu aku mampu berkata di dalam hati,andai ini penderitaan yang ibu aku harus hadapi,aku rela kehilangannnya kerana aku tak mampu utk melihat kesakitannya. sungguh aku tak sanggup. Tapi ketika mak sedang bertarung dgn ajalnya kerana pada petangnya,kerana keadaan emak sgt kritikal dan dr.hanya mampu berkata,sabar lah dan redha andai terpaksa kehilangannya. kalau malam tadi aku mampu berkata aku rela kehilangannya,tapi sekarang aku tak mampu. jujur aku mengaku aku tak mampu untuk kehilangan mak. Dia anugerah yang paling bernilai Allah pernah pinjamkan untuk aku dan sekarang aku sedang menghadapi utk kehilangannya dan aku belom bersedia untuk itu.15minit kemudian  selepas azan maghrib,aku tengok doktor membuka semua mesin yang dipasang pada badan emak,kerana mesin jantung itu telah pun berhenti dengan sendirinya. Aku hanya mampu menangis di hujung katil melihat hanya jasad emak di hadapan aku.  kakak cuba menenangkan aku,tapi tidak berjaya,mana mampu aku teruskan hidup ketika itu aku masih muda utk kehilangan ini.Ya Allah ujian mu sangat berat.Saat itu teringat pesanan mak pada abg,katanya,"besok pegi beli barang nak masak nanti hari raya nak buat kenduri,beli beras lebih sedikit,tambah mana mana bahan yang kurang,jgn lupa nanti beli periuk nasi yang besar lagi,senang nak masak nasi nak buat kenduri nanti", rupanya semuanya untuk kenduri arwah mak,seperti mendapat petanda dia akan kembali kerahmatullah. Berlinangan lagi airmata aku ketika itu.

Selesai semua proses membawa pulang jenazah, kami membawa jenazah pulang. Besoknya, pengebumian akan di jalankan,dari pagi kami menyediakan kelengkapan selengkapnya. Semua proses berjalan dgn lancar. Alhamdulillah.. aku tidak menangis walau setitk ketika disuruh memandikan jenazah kerana syaratnya anak2 simati perlu memandikan jenazah bergilir gilir. Semasa mengkafankan pun kami adik beradik tidak menangis,. semasa disuruh cium jenazah emak,kami tidak dibenarkan mengeluarkan airmata menitis di atas muka jenazah. Sungguh...sayu yang aku rasa ketika itu. jenazah emak diurus sebaik yang mungkin ustazah yang menguruskannya  juga sgt baik. Alhamdullilah. Ketika jenazah diusung keluar dari rumah aku hanya melihat dari muka pintu bersama kak cik,tiba tiba air mata aku mengalir di saat kak cik berkata "adik,mak dah tak ada,mak dah tinggalkan kita dik.kita dah tak jumpa mak lagi dik.." aku menangis sekuat hati..sedih yang aku rasa tak tertahan. ini lah erti kehilangan. kakak kakak aku cuba menenangkan kami berdua,tapi apakan daya kalau di muka mereka juga terpeta perasaan sedih yang sama. sungguhh...aku tak kuat utk menghadapi saat itu lagi. Ya Allah.. Di saat itu lah terkenangkan detik bersama emak,tak mungkin berulang sekali lagi walaupun aku mendapat 10 orang lagi ibu yang baru. Tak mungkin.

Dua minggu selepas kehilangan mak,aku tak tentu arah. Makan entah ke mana,ayah juga seperti aku,walaupun dia tunjukkan dia kuat,tapi aku tahu di hatinya sedih kehilangan mak,tidur malamnya terganggu. kesihatannya turut terjejas. Aku mencari kekuatan sendiri.kadang kadang aku salahkan takdir. Jujur aku cemburu di saat kawan kawan lain sebuk bercerita itu ini dgn emak masing masing sedang kan hanya mampu memendam semua itu sendirian.. Aku tidak kuat seperti yang disangka. aku bukan iron lady yang langsung tiada perasaan. Aku manusia biasa yang memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. Hati aku sangat sensitif bila berkaitan ibu. 7 tahun aku mengumpul kekuatan utk berhadapan dgn realiti hidup yang menyakitkan. 7 tahun aku menghadapi saat saat cemas,takut,sedih...

Hari ini,aku mampu mengorak langkah untuk membentuk masa depan sendiri walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu. Tapi aku semakin pelik dgn masyarakat muda sekarang yang sanggup membuang ibubapa sendiri demi kekasih,suami,or isteri. tidak pernah ke terdetik di hati yang sejauh mana pun seorang anak itu melangkah,setinggi mana pun pelajaran seorang anak,tinggi lagi pelajaran yang ibu beri,sekaya mana pun harta seorang anak,kaya lagi kasih sayang seorang ibu,seharum mana pun bau seorang anak,harum lagi kasih sayang seorang ibu,semua nikmat yg anak peroleh itu adalah kerana restu dari seorang ibu,tanpa ibu mustahil semua itu dapat dikecapi.Tegarnya hati seorang anak membuang ibubapanya demi insan lain yang belum tentu menjanjikan kebahagian di akhirat kelak.Sesungguhnya syurga anak dibawah telapak kaki ibu,kasih bapa hingga ke mati,kasih ibu hingga ke syurga.Sesungguhnya sebagai seorang anak sedang yg meningkat remaja,aku sangat rindukan belaian manja,perhatian seorang ibu namun apa kan daya,Allah lebih sayangkannya,dia milikNya.

Sempena hari lahir ibu yang ke 59 tahun, 27.feb yg lepas,ku titip kan doa ke atasnya,semoga rohnya kekal abadi di sisi insan insan terpilih dan insan beriman hendaknya. Semoga kita bertemu di sana. Al-fatihah

p/s : nukilan buat insan tersayang.

4 comments:

  1. oke banyak banyak blog yang wat aku menangis..finally blog kwn sendiri jgk yang membuatkan air mate aku jatuh tup tap tup tap without amek kesah kat orang sekeliling..oke awak jahat buat sy menangis sampai bengkak mate.. awak jahat!
    thanks naekkan entry ni...memberikan aku kesedaran :)

    semoge Allah menempatkan ibu kau di kalangan orang beriman dan menempatkan dia dalam syurga bersame para solehah
    amin ~~

    ReplyDelete
  2. amin. sory buat awak menangis,tak tahu tengah nangis tadi sebab baca blog sy,soory. sayang lah emak selagi ada. kalau dah tak ada tak guna nak mengenang sedih.sy yang menulis ni lagi banyak airmata keluar. berulang ulang kali. btw,tq baca syg..... :)

    ReplyDelete
  3. nice entry.sebak juga.sesiapa yg pernah melalui sume ni pasti sgt terasa..

    AL-FATIHAH..

    ibu sbg pembakar semangat.walaupun beliau dah tiada,namun titipkan beliau dalam lubuk hati sbg pembakar semangat kita.semoga lbh kuat utk teruskn perjuangan di dunia.. :)

    ReplyDelete
  4. thanx wanie,memang arwah selalu jd pembakar semangat pun sampai sekarang.

    ReplyDelete