Blogger Backgrounds

Sunday 9 September 2012

luahan hati tiada siapa yang tahu

assalamualaikum..
lama tak update belog ini selepas hari raya ni kan. sebelum tu nak wish selamat hari raya to my silent reader or yg baca belog ni secara tak sengaja ka mcm mana pun, selamat hari raya tau tau. duit raya memang tak ada sebabnya kita ni student lagi. ok, kita nak update kali ni bukan nak cerita pasai raya yg tak lama lagi nak tinggalkan kita, bukan jugak sebab activity bulan puasa yg ohsemmm sgt tu. kita nak update pasal around kita yang sekarang ni mcm tak tenteram aja, mcm panass ja sekrang. tak tahu lah ape puncanya. andaian demi andai sering keluar dan terkadang diri ini terlalu letih untuk memikirkan.

kite selalu fikir kenapa dugaan ini dalam persahabatan kami, mana silap kami sampai diuji sebegini rupa sekali. apa salah kami sampai hampir bermusuh sesama kami yang sebelum ini sangat akrab antara satu sama lain. apakah kerana satu kejadian boleh buatkan semua hal yang manis manis selama ini dikumpul hilang mcm itu sahaja. tidak boleh kah ikatan ini dipupuk semula tanpa prasangka lagi. sesungguhnya kita dah tak sanggup nak terus dalam situasi ini. mungkin kita boleh bergelak ketawa dgn riang, tapi kita belom boleh tersenyum dgn ikhlas dari hati nurani. jujurlah, saya sangat rindukan saat kami bersama, bergelak tawa, menagis sama sama. tiga tahun mengukir kenangan hilang begitu sahaja ahanya kerana satu insiden dan terus terusan menjadai api dalam sekam yang semakin hari semakin marak terbakar tanpa di sedari. 

andai diri ini bersalah, ingin rasanya menyusun sepuluh jari memohon maaf,tapi diri ini hanya insan biasa yang tak mampu meluahkan hanya mencari pkekuatan saban hari untuk melihat apa akan terjadi dan sentiasa berharap bahawa esoknya kami akan berbaik semula. penerimaan masing masing sudah tidak ada, apatah lagi kasih sayang, kejujuran, semakin hilang di telan dek perasaan dendam, sakit hati dan sentiasa fikirkan niat yg tidak baik. ya allah, ingin ku mohon, jika persahabatan ini boleh diselamatkan lagi janganlah kau uji kami lagi. sesungguhnya aku taidak mampu untuk menanggungnya lagi. adakah kerana hadirnya insan yang lebih berjaya membuatkan ukhwah kami semakin goyah. ketahuilah sahabat ku, aku sgt menyayangi kalian, walaupun kalian pernah sakitkan hati hingga ke tahap yg paling sakit, aku masih sayangkan kalian kerana kasih syg antara yg megikat diri ini untuk terus bersama kalian.  aku juga sedar,aku bukanlah insan yg cukup sempurna untuk menjadi sahabat yg baik, cuma terkadang sesetengah perkara yg aku lakukan bersebab dan bukan untuk memburukkan keadaan, kenapa penerimaan positif dari kalian amat susah aku raih. aku kurang mngerti, khilaf aku yg mana buatkan kita makin berjarak. 

tidak sygkah kalian dgn ukhwah kita.?? aku tak tau bagaimana untuk meluahkan kerana takut tak mampu bendung kesedihan ini, hanya di kanvas ini menjadi tempat menconteng. aku tau kekurangan dan kelebihan sahabatku ini, dan aku bersedia menerima baik buruk mereka asalkan mereka tidak memecahkan ikatan ini. di saat aku menulis ini, linangan airmata ku tak henti mengalir kerana  sedih memikirkan hubungan kita yg semakin goyah, andai ada yang tidak jelas kenapa tidak diluahkan, tidak ditanya, dan bawa berbincang, mengapa??? soalan yang tiada conclusionnya. buat sahabatku, jujur aku sgt rindukan saat kita di genting, berkejaran di hostel, bermanja satu sama lain. 

Friday 10 August 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Pejam celik pejam celik bulan ramadhan yang mulia hampir nak mengundurkan diri,menggantikan bulan Syawal yang bakal kunjung tiba. Rasanya terlalu lambat untuk ucapkan salam ramadhan tapiiii, nak cakap jugak. Salam ramadhan buat semua umat islam di muka bumi Allah yang muli ini. Semoga ramadhan kali ini lebih bertambah banyak amalan*cewahhh..... semoga lebih diberkati hendaknya daripada Allah SWT. Activity bulan puasa ni biasa lah kan, wajib berbuka dengan kawan kawan di unikl ni. After this baru akan upload pasal berbuka dimana dengan kawan kawan semua.

pinjam dari pakcik google.

Saturday 28 July 2012

sweet 21

assalamualaikum..
menggigil sebenarnya taip entry ni. nak tahu kenapa??
sebab dah lama tak hupdate blog kesayangan yg tak glamer ni.
kali ni pun nak cerita pasal belated besday kite hari tu.
sebelum tu sila wish happy birthday kite yg ke 21 dulu.Sambutannya memang bestlah kan. cuma time tu mood tidak berapa baik tapi masih lagi cuba bermanis muka. Alhamdulillah, sahabat sahabat tersayang yang bersusah payah tolong plan semuanya. Syukur sangat. korang AWESOME okeh! Terima kasih yg luhur dari hati. Sambutan pertama on 8 May 2012 bersama teman tersayang, cuyaa,eyka, yanie zue,kakak2 yg sporting kak yan,kak aida, kak asra and dua tiga org  lagi * maaf lupa nama, di area Subang kalau tak salah restoran tu. *lupa nama lagi.

Kejutan demi kejutan yang aku dapat. Mulanya pepagi ke tengah hari kiteorg g recording utk rancangan BROS di Glenmarie,Shah Alam. okeh kat sana terjumpa Shah Jaszle dan Mon Ryanti as selebrity jemputan utk episod tu. Wahhhh!!! agak minat dgn Shah Jaszle ni, so dpt jumpa n snap snap pic. Shuku Shukeee! Si .cantik Mon pun kite snap tau. hehe.. okeh da lunch bagai rushing ke Damansara nk buat rambut si zue. Afterthat kiteorg nak makan dgn Alyah yg nyanyi lagi Pesananmu and Kisah hati tu, time tu lah suprise celebration tu dibuat. Alhamdulillah,tersangatlah syukur. Kak alyah ada wish birthday kat kite, wink wink,seronok tahuu, even tengah taip ni pun still boleh ingat moment manis itu. Always keep it.gambar masa makan kek and so on memang tak dak lah kan, tak sempat nak snap rasanya, tp afta tu adalah dua tiga keping sempat snap. sila scroll ke bawah dengan lincah. ;)

Second celebration dekat rumah lah kan, kakak kite buat untuk tiga sekali gus. Almaklumlah, kita ni tak penahnya sambut birthday alone,mesti berpartner punya. Anak buah kita si qayum dgn aisyah tu selang sehari aja dari kita, yang si adik same day dgn kite.Jimat cost punya pasal buat serentak. Syukur. Best sebenarnya tau tak sambut besday berpartner ni. *ayat cover sedih.  jemputlah scroll ke bawah lagii... haaa, nampak kan?.... Mueheheheh...

ini pinjam dari abg google,sebab nampak sedap.
big hug from kak alyah. thanks sis.
ini big fan alyah, ini semua paling awesome tahu tak?,limited di pasaran.

happy 21st to me.

birthday 3 serangkai dalam femili kite. Qayum,Aisyah,Atiqah

Sunday 20 May 2012

kita hanya mampu merancangkan??

assalamualaikum..kummm..kummm..ehhhh..
hai peeps, da lamaaaa sgt tak update blog.kann?? berhabuk dah..

kali ni pun tak update lagi sebenarnya,ini just preview updating jee..
kali ni nak list amendaa lah nak letak kat blog untuk di update..
ok, i already make a list to update new entry in my blog.


  • sweet 21, happy besday to me, sambut dgn sape????
  • tamat sudah tempoh practical, bilaa??
  • activity yang saban hari membusykan diri selepas tamat intra, ehh,buat apa tuuu??
  • kisah kejutan kejutan selepas tamat intra.ini bikin nangis niii!
  • the new latest one,pegi honeymoning bersama kawan kawan,di mana??? waitinggg peeps..

Thursday 19 April 2012

TAWARAN BELAJAR

alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
syukur kepada Allah..
nak tahu kenapa????

kita dah dapat tawaran sambung degree kat UNIKL..
kita dapat course yang kita apply hari tu.
kita sambung course BACHELOR OF BUSINESS TECH.(HONS)IN COMPUTER ENTREPRENEURIAL MANAGEMENT.
macam macam halangan kita dapat sebelum dapat tawaran ini.
fuhhhh,lastly... I GOT  ITTTT!!!!


alhamdulillah,ini hadiah utk ayah kita.
bulan 7 ini daftar masuk.

statement keluar tajuk :

kita nak besday kita best siket dari tahun lepas. *mengada.
kita nak "die" wish utk kita jugak. *tahun lepas lambat wish.
kita nak kawan kawan kita ada dgn kita dan kita tak gado gado time tu.

Sunday 8 April 2012

kenapa buat kita macam ni??

buat awk,

- kenapa awak buat kita macam ni,awak buat kita rasa serba salah tahu tak?
-kenapa awak buat kita rasa mcm tak berguna pun?
kenapa awak tak bincang dgn kita pasal hal itu?
-kenapa awak settle sendiri tanpa pengetahuan kita?
-kita tak boleh tolong awak ke buat hal itu?
kenapa awak buat kita rasa mcm useless nak mati?
-kenapa awak buat kita rasa kita tak layak pun tahu hal itu dari awak?
-kenapa awak mcm nak hiding hal itu dari kita?
-kita tahu kita tak pandai mana pun,tapi atleast bgtau lah kita...
-kita sedih bila awk buat kita mcm ini..
-kadang kdang kita tengok awak jumpa org tu,entah kenapa kita tak tahu apa apa pun..
-lagi sekali kita rasa,kita no function.
-awak kalau tak suka kita dgn awak,cakap aje..kita terima
-jgn lah awk tertekankan emosi kita macam ni?????!!!!!

ps : kita harap semua ini tak berpanjangan. tak sabr nak tamatkan segalanya.

Tuesday 3 April 2012

budak kuat lari sambut besday!

happy sweet 21 to Nur Afina.
kita doakan awk selamat semuanya,sentiasa dibawah lindunganNya.
kita harap frendship kita kekal okeh!
lastly,kita nak pesan,jgn lah lari 100m =1 saat  lagi masa besday awk.spoilt!.hahha..
kelakar oke.! 

p/s : besday kite nanti nak yg best sket dari awak..hehe 
:)