Blogger Backgrounds

Sunday 9 September 2012

luahan hati tiada siapa yang tahu

assalamualaikum..
lama tak update belog ini selepas hari raya ni kan. sebelum tu nak wish selamat hari raya to my silent reader or yg baca belog ni secara tak sengaja ka mcm mana pun, selamat hari raya tau tau. duit raya memang tak ada sebabnya kita ni student lagi. ok, kita nak update kali ni bukan nak cerita pasai raya yg tak lama lagi nak tinggalkan kita, bukan jugak sebab activity bulan puasa yg ohsemmm sgt tu. kita nak update pasal around kita yang sekarang ni mcm tak tenteram aja, mcm panass ja sekrang. tak tahu lah ape puncanya. andaian demi andai sering keluar dan terkadang diri ini terlalu letih untuk memikirkan.

kite selalu fikir kenapa dugaan ini dalam persahabatan kami, mana silap kami sampai diuji sebegini rupa sekali. apa salah kami sampai hampir bermusuh sesama kami yang sebelum ini sangat akrab antara satu sama lain. apakah kerana satu kejadian boleh buatkan semua hal yang manis manis selama ini dikumpul hilang mcm itu sahaja. tidak boleh kah ikatan ini dipupuk semula tanpa prasangka lagi. sesungguhnya kita dah tak sanggup nak terus dalam situasi ini. mungkin kita boleh bergelak ketawa dgn riang, tapi kita belom boleh tersenyum dgn ikhlas dari hati nurani. jujurlah, saya sangat rindukan saat kami bersama, bergelak tawa, menagis sama sama. tiga tahun mengukir kenangan hilang begitu sahaja ahanya kerana satu insiden dan terus terusan menjadai api dalam sekam yang semakin hari semakin marak terbakar tanpa di sedari. 

andai diri ini bersalah, ingin rasanya menyusun sepuluh jari memohon maaf,tapi diri ini hanya insan biasa yang tak mampu meluahkan hanya mencari pkekuatan saban hari untuk melihat apa akan terjadi dan sentiasa berharap bahawa esoknya kami akan berbaik semula. penerimaan masing masing sudah tidak ada, apatah lagi kasih sayang, kejujuran, semakin hilang di telan dek perasaan dendam, sakit hati dan sentiasa fikirkan niat yg tidak baik. ya allah, ingin ku mohon, jika persahabatan ini boleh diselamatkan lagi janganlah kau uji kami lagi. sesungguhnya aku taidak mampu untuk menanggungnya lagi. adakah kerana hadirnya insan yang lebih berjaya membuatkan ukhwah kami semakin goyah. ketahuilah sahabat ku, aku sgt menyayangi kalian, walaupun kalian pernah sakitkan hati hingga ke tahap yg paling sakit, aku masih sayangkan kalian kerana kasih syg antara yg megikat diri ini untuk terus bersama kalian.  aku juga sedar,aku bukanlah insan yg cukup sempurna untuk menjadi sahabat yg baik, cuma terkadang sesetengah perkara yg aku lakukan bersebab dan bukan untuk memburukkan keadaan, kenapa penerimaan positif dari kalian amat susah aku raih. aku kurang mngerti, khilaf aku yg mana buatkan kita makin berjarak. 

tidak sygkah kalian dgn ukhwah kita.?? aku tak tau bagaimana untuk meluahkan kerana takut tak mampu bendung kesedihan ini, hanya di kanvas ini menjadi tempat menconteng. aku tau kekurangan dan kelebihan sahabatku ini, dan aku bersedia menerima baik buruk mereka asalkan mereka tidak memecahkan ikatan ini. di saat aku menulis ini, linangan airmata ku tak henti mengalir kerana  sedih memikirkan hubungan kita yg semakin goyah, andai ada yang tidak jelas kenapa tidak diluahkan, tidak ditanya, dan bawa berbincang, mengapa??? soalan yang tiada conclusionnya. buat sahabatku, jujur aku sgt rindukan saat kita di genting, berkejaran di hostel, bermanja satu sama lain. 

No comments:

Post a Comment