Blogger Backgrounds

Monday 5 March 2012

kerana kasih aku tinggalkan kamu,kerana sayang aku mengundur diri

"saya janji kalau kita berjauhan nanti awak akan sentiasa di hati saya", ini yang selalu aku ingat bila terkenangkan incik buah hati ketika berjauhan dan ketika kami bergaduh. itu lah orang selau kata,percintaan jarak jauh tak semuanya berakhir dgn kegembiraan walaupun seringkali sebelah pihak cuba mempertahankan hubungan itu tapi apakan daya,langit tak selalunya cerah,kadang kadang mendung muncul menunjukkan diri juga,sama seperti hubungan aku dan dia.

 Fahmi,satu nama yang cukup besar dan gah di sekolah tempat aku belajar. siapa yang tidak kenal dgn namanya. seorang atlet di sekolah,pantang ada sukan di sekolah semua nak di bolotnya. kewibawaannya juga terserlah apabila dia dilantik sebagai ketua pengawas,rupa parasnya juga boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak,sikapnya yang matang,pemikirannya yang jelas,mana tidaknya dia selalu dinobatkan sebagai johan debat hampir setiap tahun dia masuk bertanding dalam acara perdebatan itu. kepandaiannya tidak dapat disangkal lagi apabila dia sering memenangi pertandingan catur yang boleh di aanggap hanya pelajar pintar sahaja yang bertanding di dalam permainan ini. prestasinya dalam akademi juga boleh dibanggakan. lantas dia pernah dinobatkan sebagai tokoh pelajar kerana kejayaannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Fahmi seorang rakan yang cukup memahami,sikapnya yang tidak memilih bulu dalam berkawan dan menjalinkan persahabatan membuatkan dia mempunyai bilangan kawan yang ramai di sekolah.Toleransi dan sifat bekerjasamanya menambahkan bilangan gadis untuk terus hinggap di kumbang nan seekor ini.sikapnya yang gentle mampu buat sesiapa pun akan cair dengannya. pendek kata dia datang dengan pakej lengkap sebagai seorang lelaki.

"Mira,ada orang bagi coklat ini",kata fatihah. lantas aku menyambut bungkusan Cadbury itu teragak agak. Selambanya dia berkata "untunglah hang,ada peminat dalam diam.Bertuah betul,tangkap ikan besar je akak ni kannn",sambil diiringi gelak tawa suka menyakatnya itu.Aku yang terpinga pinga tidak mengerti apa yang disampaikan hanya mampu tersenyum kambing. Aku membuka bungkusan berisi Cadbury itu ,dan terdapat sekeping sticky notes di dalamnya "semoga hubungan kita semanis Cadbury ini,dan biarlah hubungan kita larut seperti larutnya coklat ini didalam mulut,dan terus melekat di dalam perut ,dan diharapkan juga hubungan kita terus melekat di dalam hati selamanya,salam perkenalan dari mr.F". Allah aku menepuk dahi sambil mengomel keseorangan,"sapa pulak mamat F ni,amboi bukan main jiwang tahap karat 18 ni,gila gamaknya.!". Dengan selambanya aku membuang Cadbury itu ke dalam longkang berhampiran tanpa rasa bersalah.Aku bukan tak suka makan coklat,suka sangat2,Cadbury lagi tapi apakan daya,pesanan arwah mak,"jangan ambil apa apa dari org yang tak dikenali."pesanan itu memang selalu aku ingat. Rupanya dari jauh ada seseorang yang memerhati tingkah laku Amira dengan perasaan hampa,niat dihati mahu memulakan sebuah hubungan yang baik,tapi ditolak mentah mentah. Mungkin silapnya juga kerana tidak berani berterus terang.

"Hoi kera sumbang!, tak reti dok kat tempat lain ka?,tak nampak ka sat lagi pami nak duduk sini,dia dah suruh aku cop tempat dia kat sini dari semalam kelmarin dulu lagi tau dak?,dah dah move dari sini",kata naim lagaknya orang kanan fahmi si ketua pengawas. Padahal tuan tanah kedaung tak kecoh mana pun. "kan banyak lagi tempat lain,ang ni saja ja nak cari psal dengan aku kan.Fahmi tak cakap apa apa pun."lawan aku dgn beraninya luar biasa dari selalu. Entah dari mana datang keberaniaan itu pun tak tahu lah. "eh,tak pa lah naim,biaq ja lah mira nak dok situ kita pindah tempat lain saja. Banyak lagi tempat kosong,cepat lah nanti cikgu Zaiton masuk bising pulak dia.",bela si fahmi lagi. "terima kasih pami,aku ni rabun tak nampak sgt,tinggi pun tak cukup kadang2 tu,ehehehe",sempat aku membalas. sesi pembelajaran hari itu berjalan dgn baik. Tanpa aku sedari ada sesuatu yang mengusik di hati kecilku apabila fahmi berkata kata tadi. Sepasang mata memerhati aku dari jarak jauh tanpa aku sedari, sambil tersenyum berpuas hati dgn hal yang terjadi tadi.

Sudah sebulan aku asyik menerima coklat,gula gula dan berbagai jenis nota di bawah meja,terselit dalam kotak pensil,dalam kocek beg,yang paling best terselit di celah kusyen moto aku yang ditemui oleh anak buah aku.Memang kelakar dengan apa yang jadi. Aku jadi jatuh hati dengan pengirim misteri itu. Teringin aku untuk mengetahui siapa pengirim itu. Pernah juga aku bertanyakan pada Fatihah,siapa yang kirimkan coklat pertama dulu,dengan selambanya dia kata,"tak kenal,mungkin dulu tu coklat tu jatuh dari langit.",geram pulak hati aku mendengarnya. Sudahlah aku ini jarang bercakap didalam kelas,hubungan aku dengan rakan rakan sekelas yang lain pun hambar. Setakat bertegur sapa sahaja. Aku kurang yakin apabila bersama mereka yang bijak bestari. Tidak seperti aku,kadang kadangnya sahaja dapat markah tertinggi dalam sesetengah subjek. namun begitu aku tidak lah dikategori kan sebagai murid yang kurang pandai,cuma aku perlu usaha lebih utk lebih berjaya.Potensi untuk berjaya itu sudah ada tapaknya,cuma kena lebih yakin.itulah yang cikgu norilla pesan pada aku.

Setelah lama aku selidik,akhirnya satu hari aku bertanya pada kawan sekelas,jalilah time rehat sapa selalu bertugas dalam kelas kita ini?, Tiba tiba Fahmi menyampuk yang kebetulan lalu di sebelah jalilah budak tingkatan 3,kenapa mira? Jalilah terdiam mendengar ucapan Fahmi seperti ada yang tidak kena disitu. Aku hanya mengangguk tanpa menyedari ada yang tersembunyi dalam ucapan Fahmi itu.Dua minggu selepas peristiwa itu,Jalilah memberitahu aku satu perkara yang sangat aku terkejut. Fahmi rupanya pengirim misteri itu selama ini kerana sebelum ini Fahmi pernah meminta dia meletakkan bungkusan di bawah meja aku semasa waktu rehat. Terbongkar sudah rahsia itu. Aku sangat terkejut mendengar kata kata jalilah. Didalam hati aku terdetik suatu perkara,kenapa fahmi perlu menghabiskan duit,masa,dan tenaga begini.

Pulang ke rumah hari itu, ada pesanan ringkas di inbox aku,"hmmm,sape aja lah yang mesej ni",detik hatiku. lantas aku membaca,"sy tahu awak tahu siapa sy,saya harap awak sudi terima sy seadanya. Fahmi Iskandar.".   Longlai aku seketika,Fahmi yang selama ini sangat didambakan oleh semua perawan di sekolah aku tiba tiba datang kepada aku dan meminta utk bersamanya. Apakah semua ini? Helah apa yang sedang dia mainkan.? Tahukah dia yang dia dipuja oleh kebanyakan gadis di sekolah aku,apa kata aisyah yang begitu meminati dia secara terang terangan, apakata fatin nanti,dia yang aku dengar2 selalu menangis setiap kali melihat fahmi membaca surat salam perkenalan dari junior2 ku,kerana dia mencintai lelaki itu secara rahsia. Permainan apa yang sedang Fahmi rancang ini. Kenapa aku?, sedangkan bercakap dengannya juga boleh kukira berapa patah dalam seminggu. Haishhh, tak habis fikir aku kalau mcm ini gayanya,.lalu dgn yakin dan diriringi bacaan bismillah,aku send satu msg ringkas tp padat kpdnya mengatakan aku tak mampu terima dia sebab kami tidak kenal satu sama lain. Balasannya,"tak mengapa,kita cuba dulu jangan cepat mengalah,tentang girls yg dikelilingnya,itu bukan masalah dia dan aku,mereka yang menyukai dia,sedangkan dia melayan pada yang sepatutnya,tidak melebih2.".

Kami bermesej begitu selama sebulan setengah, dan sekarang aku terimanya dgn seadanya dia. Rasminya 8.jun aku terima dia sebagai teman istimewa ku. Keputusan yang sgt sukar aku ambil, taruhan aku kepada sgt  mahal aku letakkan. Hatiku bukan utk di main main kan,perasaan aku bukan untuk dipijak pijak,jadi dia sebagai lelaki harus bijak mengawal keadaan dan aku akan membantunya utk selamatkan hubungan kami. selama 4 bulan kami berjaya sorokkan dari teman2 tentang hubungan kami kerana itu permintaan aku dan demi menjaga reputasi dia dan aku.  Di kelas kami profesional, tidak berkepit setiap masa,masih seperti dulu cuma lebih rapat. Mungkin kerana hati kami terikat. Pulang ke rumah telefon menjadi penghubung. Indahnya dunia masa itu,manisnya alam percintaan. Kegembiraan terpancar dimata aku sampaikan aku selalu ditegur kerana perubahan itu. Dari seorang yg pendiam berubah ceria,bertambah semangat,benarlah kata org,masa bercinta semua manis.ohsem!. Selepas 4 bulan,semasa sambutan hari lahirnya,depan rakan sekelas dia menjawab spekulasi tentang si pemilik hati,betapa terkejutnya rakan sekelas,kerana kami tidak pernah menunjukkan sebarang tanda. Penerimaan kawan2 baik,walaupun sesetengahnya kurang berpuas hati kerana mungkin beranggapan aku tidak layak utk bersama Fahmi,tapi apakan daya,dia yang memilih bukan aku.Bukan aku yang meminta utk dipilih.

Hubungan kami berlanjutan sehingga di tingkatan 5, bukan tidak pernah badai menimpa,tetapi kasih sayang yg kuat kami cuba pertahankan. Mana mungkin kami tidak pernah bertingkah bila seringkali aku ternampak dia didampingi Alia yang sememangnya sukakan dia dari tingkatan 3 lagi,terkadang hampir melatah aku bila aku terbaca surat cinta kiriman junior2 ku utknya. Fahmi ternyata begitu bijak mengawal emosi aku,terkadang bila aku merajuk pasti akan ada pujukannya utk aku,pasti akan ada coklat dibawah meja,atau nota cinta dicelahan  buku. Hati perempuan,yang mudah cair bila dipujuk. Itulah kelemahan aku,tidak bisa marah terlalu lama,merajuk yang tidak memberontak sekadar meluahkan perasaan. Tambahan pula,aku bukan lahperempuan yang jenis cepat touching,suka bergaduh bukan juga sifat aku dan yang paling penting yang paling Fahmi gemarkan,sikapku yang mudah beralah ketika bergaduh,tidak cemburu buta dan sikap suka tunggu dan lihat. Fahmi tidak pernah lupakan hari bersejarah kami. Kakak kakakku cukup senang dgnnya. Ketika dia dijemput bertandang ke rumah semasa hari raya,dan kenduri2 kecil,dia cukup rajin membantu apa yang patut. Adik ipar pilihan!.

Hubungan kami berjalan lancar sampai lah kami tamat SPM, dan memilih jalan hidup sendiri tetapi tidak bermakna kami mambawa haluan masing masing. Selepas tamat sekolah aku berhijrah ke Pulau Pinang ke rumah kakak utk bekerja sementara sebelum mendapat tawaran sambung belajr,dan dia ke Kuala Lumpur untuk tujuan yang sama. Telefon masih lagi menjadi pengh0ubung akrab. Setiap malam pasti telefon berdering,dan masing2 bercerita aktiviti sendiri. gelak tawa,pujukan manja menjadi pengikat kasih. Pernah sekali dia datang dari KL ke Penang semata mata mahu suprisekan aku sempena hari lahirku. Terima Kasih sayang. Saya hargai itu,terima kasih bos sebab kasik cuti sebab terkejut ada suprise di showroom kita,terima kasih kawan2 workmates sebab sporting habis,.Dari hari itu title single saya di Giant Penang berakhir bila kawan2 semua sudah tengok cinta hati saya. Saya sayang awak ketat ketat.

Bulan 7,aku daftar di Universiti Kuala Lumpur sebagai freshie, di bidang yang jauh menyimpang dgn apa yang aku belajar di sekolah. Aku mengambil jurusan Diploma In Information Technology, manakala Fahmi pula menyambung pelajaran di UITm Seri Iskandar bidang Sains Kesukanan. Sehari sebelum aku berangkat ke KL,sempat aku keluar berdua dengannya utk ketiga kalinya. Inilah uniknya hubungan kami,kami tidak seperti pasangan lain yang sering berpapasan tangan sang kekasih,setiap hujung minggu seringkali menghabiskan masa di panggung wayang. Itu bukan lah activity kami. Fahmi cukup pandai menjaga kehormatan aku,dan aku juga tidak suka keluar berdua duaan,kerana bimbang insan ketiga. Itu lah juga permintaan aku pada awal hubungan dulu yang aku tidak suka keluar bercanda ke sana kemari,tidak manis. Dia menurut semuanya.Terima kasih sayang. Sungguh aku sayang dia. Kami keluar bersama mengabadikan saat terakhir kami bersama sebelum berjauhan.

"saya janji kalau kita berjauhan nanti awak akan sentiasa di hati saya",inilah yang menjadi peneman di saat aku dgnnya bertingkah. Kata orang hubungan jarak jauh sememangnya bermasalah. Apakan daya,aku terpaksa menerima semua ini dgn hati terbuka,bilanya kami seringkali bertelingkah. hampir setiap minggu bergaduh,Ayat manisnya dulu kian menghilang. Kemesraan yang dipupuk bertahun kian menyepi. Sungguh,aku rindukan kemesraannya yang dulu,saat dia memanjakan aku.Kini masa itu tidak mungkin berulang. Aku sudah lelah mempertahankan hubungan kami apabila aku sanggup pulang ke kampung utk berjumpanya kerana roomates aku nasihat utk berjumpa dgnnya,mungkin kerana lama tidak bertemu buatkan kami semakin berjarak. Tetapi pulangnya aku dgn misi utk tawan hatinya semula bertukar menjadi deraian airmata. Mana tidaknya,pada hari ulang tahunnya itu dia memutuskan hubungan kami dgn alasan cukup mudah,dia sudah tawar hati pada hubungan kami sementelah dia sudah punya pengganti aku. Cukup serba serbi, lengkap pakejnya. Remuk hati aku,mana janjinya utk menjaga aku,mana janjinya utk ke jinjang pelamin. semudah itu dia menoktahkan segalanya tanpa pengetahuan aku. Sedu di hati aku simpan,mana mungkin aku menangis di hadapannya,ego aku,maruah aku sebagai muslimah terus aku pelihara.

Sesampainya aku di rumah,aku hamburkan airmata yang bertakung semenjak tadi lagi. Tiada lagi insan yang aku sayang,. Teringat peristiwa di KFC td,dia dgn beraninya tunjukkan gambar perempuan itu,tanpa pedulikan perasaan aku. mana Fahmi yang aku kenali 3 tahun yang lalu. Hanya ucapan terima kasih dan selamat hari lahir sempat aku titpkan utk dia. pulangku juga bersendirian. Alasan perpisahan kami yang tidak dapt aku terima,dia mempersoalkan kesetiaan aku di KL,sedangkan yang membuat onar adalah dia. Senangnya lelaki menyalahkan perempuan.Oh mudah sungguh!. Kerana terlalu kecewa,marah semuanya berkumpul satu,aku tekad membuang segala pemberiaannya,tidak kira saiznya,dari sekecil kecil hinggalah sebesar besarnya. Mungkin kalau disimpan semakin pula hatiku,jadi buang itu lebih baik. terasa diri ini bodoh bila terlalu percayakan dia.

Seminggu selepas kepulangan aku ke KL,ku teruskan kuliah ku seperti biasa. Telefon yang semakin jarang berdering tiba tiba  berbunyi msg masuk,Fahmi!. Pesanan darinya,katanya dia memohon maaf,dia mahu kami meneruskan hubungan,anggaplah apa yang terjadi salahnya,kerana kelalaiannya,katanya dia rindukan ku. Tak mungkin org lain mampu menggantikan aku, Farah,tak mungkin mampu bertahan seperti aku. Aku hanya memandang kosong skrin telefon aku,mana mungkin aku terima dia semudah itu selepas dia terang terangan menduakan aku.Tidak mungkin. Aku mungkin memaafkan dia tapi bukan menerimanya semula. Maaf sayang, awak tak pandai jaga hati saya sampaikan awak lupa hati telah awk hancurkan,mana mungkin ia akan ke bentuk asal. Saya sayangkan awk,tapi untuk memiliki awak saya tak mampu,saya doakan awak bahagia selama.

Sekarang aku di tahun akhir di UNIKL,masih belum ada yang menggantikan tempat awak di hati sy,walaupun ada yang mengetuk,dan sudah dibuka kuncinya tapi belom berjawab salamnya,kerana awak masih di hati saya. Awak juga masih kadang kadang menelefon sy,masih merayu utk bersama,berkali kali awk memohon maaf,tapi apakan daya,saya tak mampu. menerima awak ibarat melukakan hati sendiri. Tatkala mendengar lagu "menghitung hari",teringat kata kata awk,"jgn pernah bgtau org lain diri awk sendiri,kerana u'r taken by me and i'll always beside u. jarak bukan penghalang kita.". Tapi awak lupa,awak manusia biasa yang kadang kadang alpa dgn sekeliling. Saya harap awak berjumpa dgn seseorang yang terima awk seadanya.Kita mungkin pernah bersama tapi tak mungkin kita memiliki satu sama lain dan kerana kasihkan awak,sy tinggalkan,kerana sayangkan awk,sy terpaksa undur diri.

2 comments:

  1. mcm tu la lelaki..suma benda nak amik mudah! hurmmm

    ReplyDelete
  2. hurmm..mcm tu lah nak buat acane lagi,redaahhh aje lah...

    ReplyDelete